Ni I copy paste dr email. Memang rasa cam 'eerie', tapi it rings a truth in it. Sometimes basic question dari seorang budak kecil mampu membuat kita terfikir sejenak:
Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).
Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.
Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.
Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suami juga degil, cakap perkara sama berulangkali, buat sakit hati isteri.
Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh,di sebelah katilnya sudah ada bilik air.
Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.
Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah.'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini,orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur!
Moral of the story.. SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA. (dalam am erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliaran dalam bilik tidur anda..).Itu adalah yang terbaik.
Err..any comments?
Convenience Fee @ AirAsia
49 minutes ago





.jpg)
9 Choc&Cream(s):
Wahh, nie lagi menambahkan semangat saya utk cuci bilik air selalu (saya mmg suka cuci toilet ;p). Ader kaitan tak? Ekeke.
betul 3x!kalu ada 'bau' lglaa x nikmatnya tido..heheheh..
haiyak! betullah...kalu rumah lagi banyak toilet lagi banyak rumah syaitan gamaknya..
mimi..:)kalu umah besau takkan nk ada satu toilet jer..jenuh nunggu woo..hehehe..
Salam. Ada Ustazah cakap masa kelas agama aritu, dia kata, kalau kita ada tandas dalam bilik tidur, make sure kita tutup pintu tandas tu kalau kita nak solat, sebab, kalau tak tutup, maknanya, kita solat dalam tandas secara tak langsung. Bila pintu tandas tutup, ada penghadang atau pemisah antara ruang solat dan tandas tu.. Eee..terfikir jugak mungkin ada time yang kita terrlupa nak tutup pintu tu, so, the beat way, letaklah curtain untuk selamt.
UmmiNur,
(eh..nama kita hampr sama la!:))
tq 4 the input!yelaa kan, kengkdg kita pun lupa nk tutup..maka bermaharajalela laa syaitan tuh..
better tutuplaa kan?
ler yea ker? umh 2 tngkt kna la ader toilet jgk kt dlm bilik hehehe..tp kn time2 maghrib tgh2 azan tu ler kita sibuk nk mndi mnda. sekali ler berhimpit2 ngn setan dlm toilet tuh huhuhu..tuh yg degil tuh
tulaaa pasal!ish..tu laa sbb nabi suruh tutup aurat masa mandi..tutup aib kita sendiri..cubalaa jgn mandi time azan (kalu bolehlaaa..)
Post a Comment